Thursday, October 29, 2009

Ulat dalam hidung, di muka hanya mitos: Pakar

Berita Harian, 4 September 2003
Kota Bharu: Kepercayaan wujudnya parasit atau 'ulat' di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata.
Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata, pendapat seumpama itu kadangkala boleh dikaitkan dengan sihir, kerana ada segelintiran penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah itu dengan bomoh berbanding doktor.
Beliau berkata, dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud 'ulat' di bahagian itu.
Katanya, resdung sejenis penyakit hidung disebabkan radang pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.
"Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda seperti hidung tersumbat, berhingus, sakit muka, kurang deria bau, sakit kepala, bau busuk dalam hidung dan demam.
"Jika ada yang mengalami tanda seperti itu perlu membuat pemeriksaan segera kerana hidung perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui punca resdung terjadi, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan," katanya ketika ditemui pada majlis ceramah kesihatan sempena Kempen Sihat Merdeka 2003, di hospital itu, di sini semalam.
Pada majlis berkenaan, beliau juga memberi ceramah bertajuk 'Penjagaan Kesihatan Telinga dan Tekak' bertempat di ruang legar hospital itu. Selain beliau, turut memberi ceramah Pakar Otopedik hospital itu, Dr Nordin Simbak bertajuk: Osteoarthritis (sakit sendi).
Program yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan percuma membabitkan tekanan darah, ujian indeks jisim (badan) dan ujian glukosa.
Dr Mohamad berkata, ada segelintiran pesakit terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian dalam hidung yang tercedera disebabkan mereka menerima rawatan tidak selamat sebelumnya.
"Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan," katanya.

Wednesday, October 28, 2009

Testimoni 1

Testimoni 1

En. Abdullah
Pengurus Bank
HP : 017-225 6264
33 Tahun
Penghidap Resdung 16 Tahun

Saya telah menghidap resdung yang boleh dikatakan amat serious selama berbelas tahun dan telah mencuba pelbagai ubat dan kaedah rawatan. Saya memperuntukkan sejumlah wang yang banyak setiap bulan untuk ubat dan rawatan resdung, walaubagaimanapun resdung tetap datang kembali sehingga tahap tulang hidung saya bengkok, penafasan tersekat-sekat dan mengeluarkan bau. Ini menyebabkan saya kurang selesa dan percakapan saya terganggu.

Pada awal tahun 2009, saya telah mencuba rawatan terapi lintah ini yang di perkenalkan oleh Hirudinaria Therapy. Pada mulanya saya amat sangsi terutama mengenai kesannya, kesakitan, kebersihan lintah dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai menjalankan rawatan tersebut, saya perasaan bau busuk terus hilang dan pernafasan saya lancar, seumpama dapat hidung yang baru. Jerawat muka saya pun berkurangan. Saya amat yakin kerana kaedah ini amat berkesan, tidak menyakitkan, malah Hirudinaria Therapy mengamalkan prosedur rawatan dan lintah yang bersih dari bakteria.

Terapi Lintah atau Hirudinaria Therapy telah menyelamatkan nyawa saya, sekarang saya hanya tumpukan pada rawatan terapi lintah sahaja setiap bulan. Sudah tentu menjimatkan wang dan masa saya dari membazir membeli ubat dan melanggan rawatan lain. Saya amat mencadangkan kepada penghidap resdung untuk mencuba kaedah rawatan ini.


Saturday, October 24, 2009

BERITA LINTAH


RAWATAN RESDUNG MELALUI TERAPI LINTAH

Apa itu Terapi Lintah?
Terapi Lintah adalah satu kaedah bekam menggunakan Lintah sebagai alat untuk mengeluarkan darah atau toksik dalam tubuh manusia untuk merawat penyakit. Kaedah terapi lintah ini adalah merupakan satu kaedah tradisional dan semulajadi yang telah digunakan beribu-ribu tahun dahulu.
Terapi Lintah adalah satu kaedah yang selamat dan yakni berkesan. Walaubagaimanapun, masyarakat perlu tahu dan di dididik mengenai pengetahuan mengenai lintah, risiko dan juga pengetahuan mengenai pengendalian risiko semasa rawatan.

Apa itu Lintah Klinikal?
Lintah klinikal adalah lintah yang telah dibersihkan dan dinyahkan dari bakteria dengan melalui satu proses yang telah dicipta khas sebelum digunakan ke atas tubuh manusia. Ini penting kerana ingin mengelakkan jangkitan atau kemudaratan sekiranya bakteria menjangkiti melalui saluran darah atau luka yang terbuka.

INFO RESDUNG

Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.

INDIVIDU BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna
* Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.
Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.

RESDUNG

Tentunya merimaskan apabila kita selalu mengalami gejala selsema iaitu hidung yang tersumbat, sakit pipi, sekitar mata dan kepala, biasanya pada waktu pagi. Tekak pula seperti dipenuhi kahak. Jika gejala ini berlaku hampir pada setiap hari, ini barangkali menunjukkan tanda-tanda penyakit resdung.Resdung merupakan keradangan yang terjadi pada lapisan membran di dalam mana-mana ruang sinus. Resdung juga mempunyai risiko menyebabkan kita menjadi terlalu sensitif pada bahan yang mampu menyebabkan alahan, termasuklah perubahan cuaca (sejuk), pencemaran pada alam sekitar dan masalah jangkitan bakteria.Terdapat beberapa lubang berisi udara pada tengkorak dan diliputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang inilah yang dipanggil sinus.Resdung merupakan masalah yang sangat biasa di serata dunia. Andainya dibuat imbasan kepada 10 orang normal, 80 peratus daripadanya didapati mengalami penyakit resdung ringan yang tidak memerlukan apa-apa rawatan.Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, terdapat anggaran 37 juta orang mengalami penyakit resdung setiap tahun dan ini dijangka lebih tinggi kerana gejala resdung hasil jangkitan bakteria selalu disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan agak ramai yang tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.Ini juga sama halnya di Malaysia. Terdapat anggaran 60 hingga 65 peratus rakyat mempunyai masalah resdung . Bagaimanapun, kurang 50 peratus daripada jumlah ini datang untuk mendapatkan rawatan dan terdapat ramai yang memilih rawatan resdung secara tradisional bagi ‘menghilangkan’ keradangan sinus.Secara semulajadi ruang sinus kita diliputi lendir untuk menjadi perlindungan. Mukus atau lendir yang terkumpul ini dialirkan masuk ke dalam saluran hidung untuk memastikan ruang sinus sentiasa berkeadaan bersih. Bila kita selesema ataupun kita mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan ini menyebabkan ia tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan lendir ini akan menyebabkan hidung menjadi tersumbat dan akan mengundang jangkitan bakteria.Mengikut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan iaitu Dr Mohd Husni Ahmad, penyakit resdung boleh dikategorikan kepada dua jenis, akut (yang berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, penyakit resdung kronik adalah lebih biasa dan boleh terjadi pada siapa saja dan kepada semua peringkat umur.