Saturday, October 24, 2009

RESDUNG

Tentunya merimaskan apabila kita selalu mengalami gejala selsema iaitu hidung yang tersumbat, sakit pipi, sekitar mata dan kepala, biasanya pada waktu pagi. Tekak pula seperti dipenuhi kahak. Jika gejala ini berlaku hampir pada setiap hari, ini barangkali menunjukkan tanda-tanda penyakit resdung.Resdung merupakan keradangan yang terjadi pada lapisan membran di dalam mana-mana ruang sinus. Resdung juga mempunyai risiko menyebabkan kita menjadi terlalu sensitif pada bahan yang mampu menyebabkan alahan, termasuklah perubahan cuaca (sejuk), pencemaran pada alam sekitar dan masalah jangkitan bakteria.Terdapat beberapa lubang berisi udara pada tengkorak dan diliputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang inilah yang dipanggil sinus.Resdung merupakan masalah yang sangat biasa di serata dunia. Andainya dibuat imbasan kepada 10 orang normal, 80 peratus daripadanya didapati mengalami penyakit resdung ringan yang tidak memerlukan apa-apa rawatan.Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, terdapat anggaran 37 juta orang mengalami penyakit resdung setiap tahun dan ini dijangka lebih tinggi kerana gejala resdung hasil jangkitan bakteria selalu disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan agak ramai yang tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.Ini juga sama halnya di Malaysia. Terdapat anggaran 60 hingga 65 peratus rakyat mempunyai masalah resdung . Bagaimanapun, kurang 50 peratus daripada jumlah ini datang untuk mendapatkan rawatan dan terdapat ramai yang memilih rawatan resdung secara tradisional bagi ‘menghilangkan’ keradangan sinus.Secara semulajadi ruang sinus kita diliputi lendir untuk menjadi perlindungan. Mukus atau lendir yang terkumpul ini dialirkan masuk ke dalam saluran hidung untuk memastikan ruang sinus sentiasa berkeadaan bersih. Bila kita selesema ataupun kita mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan ini menyebabkan ia tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan lendir ini akan menyebabkan hidung menjadi tersumbat dan akan mengundang jangkitan bakteria.Mengikut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan iaitu Dr Mohd Husni Ahmad, penyakit resdung boleh dikategorikan kepada dua jenis, akut (yang berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, penyakit resdung kronik adalah lebih biasa dan boleh terjadi pada siapa saja dan kepada semua peringkat umur.

No comments:

Post a Comment