Saturday, October 24, 2009

INFO RESDUNG

Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.

INDIVIDU BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna
* Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.
Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.

No comments:

Post a Comment